Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penguasa Kastam Gred WK41

Gaji, Kelayakan & Tugas Penguasa Kastam Gred WK41. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penguasa Kastam WK41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penguasa Kastam Gred WK41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penguasa Kastam Gred WK41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penguasa Kastam Gred WK41 bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penguasa Kastam Gred WK41 


Berikut adalah informasi tentang Penguasa Kastam WK41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penguasa Kastam WK41 


Gaji Penguasa Kastam Gred WK41 sekitar RM2,094.00 sehingga RM9,585.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penguasa Kastam pula Gred WK41 berjumlah RM225.

Syarat Kelayakan Penguasa Kastam Gred WK41 


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00); atau
● Ijazah sarjana muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73); atau
● Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
● Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
● Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41); atau
● Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 :RM3,027.19)

Jawatan Penguasa Kastam Gred WK41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Penguasa Kastam WK41 


Berikut adalah tugas-tugas Penguasa Kastam WK41 seperti di bawah :

1. Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

2. Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

3. Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

4. Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
 

INFO BERKAITAN :

Permohonan Penguasa Kastam Gred WK41 2019

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penguasa Kastam WK41 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

1 ulasan:

  1. Mcm mne kita nak tau kputsan exam sama ada lulus ke x erk jwb exam??

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.