Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Penguasa Kastam WK19.


Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19


Berikut adalah informasi tentang Pembantu Penguasa Kastam WK19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Penguasa Kastam WK19


Gaji Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 sekitar RM1,353.00 sehingga RM4,005.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Penguasa Kastam pula Gred WK19 berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,353.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,409.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,465.80).

Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Penguasa Kastam WK19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Penguasa Kastam WK19 seperti di bawah :

Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa
 

INFO BERKAITAN :

Jawatan Kosong Pembantu Penguasa Kastam WK19 

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Penguasa Kastam WK19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.