Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penilaian W29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penilaian W29. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Penilaian W29. Lihat ini juga → Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir Gred N19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penilaian W29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Penilaian W29
akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Penilaian W29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penilaian W29


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penolong Pegawai Penilaian W29 termasuk memaparkan tangga gaji, kelayakan dan deksripsi tugas :

Gaji Penolong Pegawai Penilaian W29


Gaji Penolong Pegawai Penilaian W29 sekitar RM1,498.00 sehingga RM5,678.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Pegawai Penilaian W29 pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Penilaian W29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); 
● Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92);
● Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,851.28)

Jawatan Penolong Pegawai Penilaian W29
boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penilaian W29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 seperti di bawah :

A. Kementerian Dalam Negeri

Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

B. Kementerian Pengangkutan

Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

C. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

D. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)

Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

E. Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi

Memungut butir-butir mengenai jual beli harta, sewaan, hak milik tanah, mengira keluasan tanah, menganalisis butir-butir jual beli, mengawas dan melaksanakan urusan latihan dan pengurusan pentadbiran yang berkaitan.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Penilaian W29 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.