Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Panduan buat anda yang berminat dan ingin berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Latihan Vokasional. Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29. Lihat ini juga → Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir Gred N19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma (SPM) menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 termasuk memaparkan tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas :

Gaji Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29


Gaji Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 sekitar RM1,549.00 sehingga RM5,701.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau
● Sijil kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau
● Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,624.20); atau
● Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,699.40); atau
● Diploma teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,784.80); atau
● Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,860.00).

Jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 seperti di bawah :

1. Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.

2. Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.

3. Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian.

4. Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.

5. Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya.

6. Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan.

7. Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya.

8. Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.

9. Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya.

10. Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian.

11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.