Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon jawatan kosong Pegawai Komunikasi Strategik yang boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Sebelum itu, ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Komunikasi Strategik akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di pelbagai Kementerian /Pejabat. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Komunikasi Strategik bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 mengenai senarai gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 


Gaji Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 sekitar RM2,078.00 sehingga RM9,544.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 pula berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
● Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred Fs1 : RM2281.86); atau
 ● Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.70); atau
● Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,997.32).

Jawatan Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 seperti di bawah :

Bertanggungjawab merancang, menganalisis isu-isu berkaitan dasar negara dan isu semasa, mempromosi dasar dan program kerajaan dan memantau isu berkenaan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog, portal dan sebagainya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.