Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Laut Gred AL41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Laut Gred AL41. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon jawatan kosong Pegawai Laut yang boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Sebelum itu, ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Laut Gred AL41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Laut Gred AL41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Laut akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Laut bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Laut Gred AL41


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Pegawai Laut Gred AL41 mengenai senarai gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Pegawai Laut Gred AL41


Gaji Pegawai Laut Gred AL41 sekitar RM2,429.00 sehingga RM9,637.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pegawai Laut Gred AL41 pula berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Pegawai Laut Gred AL41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan maritim yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,429.00); atau
● Ijazah sarjana muda dalam bidang nautical studies yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,531.88); atau
● Ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,531.88); atau
● Ijazah dalam bidang arkitek laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43); atau
● Chief Mate of 3000 GT or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43); atau
● Second Engineer Officer of 3000 kW or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43); atau
● Master of 3000 GT or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM3,154.55); atau

Jawatan Pegawai Laut Gred AL41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pegawai Laut Gred AL41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Laut Gred AL41 seperti di bawah :

Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal-ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.