Header Ads

Panduan Menulis Resume Terbaik 2023 [Lengkap]

Panduan Menulis Resume Terbaik 2023 [Lengkap]. Nak tulis resume yang terbaik dan kemas? Panduan buat anda yang ingin menulis resume dengan teknik yang betul dan simple. Sebenarnya tiada format rasmi menulis resume. Ianya bergantung kepada kreativiti individu masing-masing dan penulisan yang lengkap dan tepat. Jangan sesekali anda menipu dalam resume anda ketika temuduga dimana pihak penemuduga akan tahu kesahihan maklumat yang ditulis. Untuk pengetahuan, resume boleh ditulis dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris.

Panduan Menulis Resume Terbaik

Panduan Menulis Resume Terbaik 2023 [Lengkap] 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang menulis resume yang terbaik dan lengkap :

Senarai Penting Menulis Resume Yang Terbaik


Butiran yang perlu ada dalam resume antaranya iaitu :

1. PENGENALAN DIRI ANDA

● Nama penuh
● Jantina
● Alamat
● Nombor kad pengenalan
● Gambar saiz passport (berlatar biru)
● No. Telefon
● Alamat emel yang aktif
● Status (Kahwin/Bujang)

2. MAKLUMAT KERJAYA

● Kongsikan pengalaman kerja anda sepanjang yang dilalui.

3. MAKLUMAT PENDIDIKAN

● Kelayakan pendidikan anda daripada peringkat tertinggi sehingga rendah.

4. KEMAHIRAN

● Senaraikan kemahiran atau soft skills yang anda miliki misalnya seperti Microsoft Word/ PowerPoint/ Excel, AutoCAD dan sebagainya.

4. SUMBANGAN /PENCAPAIAN

Senaraikan sumbangan atau pencapaian anda lakukan dalam persatuan/ kelab dan aktiviti sukan.

5. OBJEKTIF/ MATLAMAT (PILIHAN)

Anda boleh terangkan matlamat atau objektif anda dalam jawatan yang dikehendaki.

Ini antara perkara yang anda perlu titikberatkan untuk menulis resume anda yang terbaik dan lengkap. Jangan ambil mudah perkara ini!

Nak Contoh Resume Kerja Terbaik? 


Jika anda nak dapatkan contoh resume yang lengkap dan template resume yang kemas, sila klik pautan di bawah ;


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.