Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Pegawai Teknologi Maklumat? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pegawai Teknologi Maklumat boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41. 


Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Permohonan dan pengambilan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat telah dibuka kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Teknologi Maklumat bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41


Gaji Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 sekitar RM2,315.00 sehingga RM9,618.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM225.

Syarat Kelayakan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya.(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,315.00); atau.
4. Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,522.44); atau
5. Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,833.78); atau
6. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM3,145.11)

Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 seperti di bawah :

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan

Selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.