Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Perancang Bahasa Gred S29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Perancang Bahasa Gred S29. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Penolong Perancang Bahasa? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Penolong Perancang Bahasa boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Perancang Bahasa Gred S29. 

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Perancang Bahasa Gred S29

Permohonan dan pengambilan jawatan Penolong Perancang Bahasa telah dibuka kekosongan jawatan di pelbagai Kementerian/ Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Perancang Bahasa bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Perancang Bahasa Gred S29


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Penolong Perancang Bahasa Gred S29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Perancang Bahasa Gred S29


Gaji Penolong Perancang Bahasa Gred S29 sekitar RM1,493.00 sehingga RM5,672.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Perancang Bahasa Gred S29


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
4. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
5. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)

Jawatan Penolong Perancang Bahasa Gred S29 dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Perancang Bahasa Gred S29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Perancang Bahasa Gred S29 seperti di bawah :

Bertanggungjawab membantu mengurus dan melaksana projek, program dan aktiviti pembinaan dan pengembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.