Header Ads

Senarai Bantuan Warga Emas 2020 Sarawak

Senarai Bantuan Warga Emas 2020 Sarawak. Anda ingin mohon bantuan kewangan? Berita baik buat warga emas khususnya anak jati Sarawak yang memerlukan bantuan kewangan. Untuk makluman, kerajaan negeri Sarawak memperkenalkan satu inisiatif terbaru iaitu Kenyalang Gold Card (KCC). Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan Kenyalang Gold Card dengan dapatkan borang permohonan di Jabatan Kebajikan dan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS), Pejabat Daerah, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Kecil. Borang permohonan juga boleh dimuat turun di laman sesawang JKMNS.

Senarai Bantuan Warga Emas 2020 Sarawak

Kenyalang Gold Card atau ringkasnya KGC adalah satu inisiatif bantuan kerajaan negeri Sarawak untuk meningkatkan kesejahteraan dan Kebajikan warga emas di Sarawak melalui penyediaan kemudahan dan manfaat dalam bentuk diskaun, rebat dan lain-lain kemudahan daripada pelbagai organisasi. 

Senarai Bantuan Warga Emas 2020 Sarawak


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bantuan warga emas Negeri Sarawak termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Kenyalang Gold Card


Antara syarat-syarat kelayakan Kenyalang Gold Card yang perlu diikuti adalah seperti berikut ;

a. Warganegara Malaysia
b. Pemegang kad pengenalan berstatus 'K'.
c. Berstatus residen tetap Sarawak
d. Berusia 60 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2020

Faedah dan Kemudahan Kenyalang Gold Card


i. Bentuk diskaun/ rebate atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan.

ii. Pemegang kad KGC layak mendapat Bantuan Ihsan Kematian berjumlah RM3,000

Senarai Bantuan Warga Emas 2020 Sarawak

Cara Permohonan Kenyalang Gold Card Sarawak


1. Borang permohonan boleh dimuat turun secara online di laman web rasmi JKMNS.

Link Borang : https://kwkpk.sarawak.gov.my/upload/

2. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan dan Masyarakat di seluruh Negeri Sarawak.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi Urus Setia Kenyalang Gold Card (KGC) di talian 082-449577/444139 atau emel ke alamat welfare@sarawak.gov.my

2 ulasan:

  1. I have applied for the Kenyalang Gold Card. Where to check whether my application approved or not

    Thanks

    BalasPadam
  2. Mak saya sudah ada kad kenyalang gold. Di kedai apa yang dapat memakai kad ya. Mesti kmk org mahu tahu di mana tempat yang boleh guna kad ya

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.