Header Ads

Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Online Program ERP

Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Online Program ERP. Bagaimana cara mohon bantuan RM600 sebulan bagi mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji? Panduan buat pekerja swasta yang ingin membuat permohonan Program Pengekalan Pekerjaan tahun 2020. Untuk makluman, kerajaan Malaysia mengumumkan satu skim bantuan kewangan iaitu Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dengan bantuan sebanyak RM600 sebulan khas buat pekerja yang terkesan akibat penularan Covid-19. Permohonan ini boleh dibuat secara online mulai 20 Mac 2020 menerusi laman web rasmi PERKESO.

Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Online Program ERP

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) ialah bantuan segera (immediate assistance) sebanyak RM600 sebulan kepada majikan bagi setiap pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji akibat penularan Covid-19. ERP meliputi semua pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP termasuk pekerja sambilan yang telah
mencarum dengan SIP. Program ini bertujuan untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos
operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji (CTG).

Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO Online Program ERP


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Kewangan Program Pengekalan Pekerjaan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : Mulai 20 Mac 2020

Syarat Kelayakan Program Pengekalan Pekerjaan ERP


Antara syarat-syarat kelayakan menerima Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) adalah seperti berikut:

1. ERP meliputi semua pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP termasuk pekerja sambilan yang telah mencarum dengan SIP.
2. Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans
Pekerjaan (SIP) PERKESO;
3. Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja.
4. Majikan yang melaksanakan CTG (notis yang telah dikeluarkan kepada pekerja bagi tempoh mulai 1 Mac 2020).
5. Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja.

Cara Permohonan Bantuan RM600 Program Pengekalan Pekerjaan


1. Majikan yang telah memenuhi syarat yang ditetapkan boleh menghantar permohonan secara dalam talian yang akan dimaklumkan kemudian melalui Pekeliling Majikan yang dikeluarkan oleh PERKESO.
Semua permohonan ERP daripada majikan hanya boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.

Borang Permohonan : https://www.perkeso.gov.my/images/erp/LAMPIRAN_1_-_BORANG_ERPC_FINAL.pdf

2. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama borang ini:
a) Salinan Penyata Akaun Perusahaan beserta No Pendaftaran Majikan(ID Pengenalan Bank).
b) Notis pemberian cuti tanpa gaji kepada pekerja terlibat.

3. Borang ERPC-19 yang telah dilengkapkan yang beserta format Excel sebagai lampiran(jika ada) dihantar melalui emel erpc19@perkeso.gov.my.

4. Bagi tuntutan yang ke 2-6, borang ERPC-19 perlu digunakan dengan pengesahan syarikat dan tandatangan.

Nota : Pembayaran bulanan RM600 kepada pekerja tersebut hendaklah dikreditkan terus ke dalam akaun mereka dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja bayaran diterima daripada PERKESO.

Artikel Berkaitan : Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Nasional 2020

Soalan Lazim Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) 


a. Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan oleh majikan semasa membuat permohonan ERP?

• Surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat
• Majikan perlu mengisi maklumat lengkap di Borang Permohonan ERP C-19 yang akan diedarkan bersama Pekeliling Majikan.

b. Berapa lamakah tempoh layak menerima bantuan ERP?

ERP yang akan diberikan adalah antara 1 hingga 6 bulan berdasarkan tempoh notis CTG daripada majikan.

BACA JUGA : Jadual Tarikh Pembayaran PERKESO 2020

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan
Pelanggan PERKESO di talian 1300-22-8000 atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.