Header Ads

Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am 2023 (PSEE)

Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am 2023 (PSEE). Dapat panggilan exam online SPA? Jika ya! Sudah tentunya anda perlu mengetahui kriteria atau bentuk soalan peperiksaan online yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan online SPA tahun 2023. Secara kebiasaannya anda akan diberi dua atau tiga seksyen soalan untuk diselesaikan dalam masa yang diperuntukkan oleh SPA. Salah satunya seksyen utama dalam peperiksaan SPA adalah pengetahuan am.


Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am 2022 (PSEE)



Dalam seksyen pengetahuan am SPA, soalan yang ditanyakan agak umum dan mengikut jawatan tertentu. Soalan-soalan yang akan ditanya kebiasaannya melibatkan bidang kerja sosial, perpaduan negara, keharmonian negara, teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran negara dan keselamatan negara termasuklah juga isu semasa negara dan di luar negara.

Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am 2023 (PSEE) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan pengetahuan am peperiksaan online SPA. Ianya bukan lah soalan ramalan atau pun soalan bocor. 

1. Dasar sosial negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI :
A. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
B. Menjana sinergi multisektor
C. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

2. Kementerian yang diberi mandat untuk menerajui Perbincangan Transformasi Nasional 50 (TN50) adalah
A. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
B. Kementerian Komunikasi & Multimedia
C. Kementerian Kewangan
D. Kementerian Belia dan Sukan

3. Berikut adalah benar tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kecuali
A. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan peralihan kerajaan daripada Strategi Lautan Merah Kebangsaan
B. Kerajaan menggunakan prinsip NBOS untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi
C. NBOS menekankan prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan
D. NBOS adalah asas kepada Strategik Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS)

4. Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah dan jenis mahkamah di Malaysia
I. Mahkamah Rendah --> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas --> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat --> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

5. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.
A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

6. Pilih kes-kes sivil yang berkaitan dengan Mahkamah Awam?
I. Jenayah curi wang syarikat
II. Saman hutang yang dituntut
III. Hal ehwal tuntutan harta pusaka
IV. Dokumen perjalanan yang dipalsukan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI
A. Yang di-Pertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat


Nota : Contoh soalan ini adalah hanya bentuk gambaran sahaja bukannya soalan bocor atau pun ramalan.

Nak Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online (PSEE)? 


Untuk makluman Tim infokerjaya ada terbitkan satu rujukan lengkap untuk persediaan buat calon bagi menghadapi peperiksaan online SPA. Rujukan ini dilengkapi dengan nota-nota, contoh-contoh soalan pengetahuan am, Matematik dan kefahaman Bahasa Inggeris beserta jawapan dan jalan kerja.

Ini yang anda bakal dapat dalam rujukan ;
√ Huraian format peperiksaan terkini
√ Contoh soalan Pengetahuan Am (70++ Soalan & Jawapan)
√ Formula Matematik
√ 120++ muka surat



Untuk dapatkan rujukan lengkap ini, sila klik pautan di bawah ;

[+] https://go.infotambahan.com/ebookextra/37705/order

BACA JUGA : 
● Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA 
● Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah SPA

Penafian : Laman web SPA8i.net tiada sebarang kaitan dengan laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9). Laman ini hanya kongsikan atau sampaikan informasi kepada umum sebagai pengetahuan sahaja. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.