Header Ads

Harga Renew Lesen Memandu 2023 Di Pejabat Pos & JPJ

Harga Renew Lesen Memandu 2023 Di Pejabat Pos & JPJ. Berapakah harga renew lesen kenderaan tahun 2023? Panduan buat pemandu yang ingin ketahui harga terkini renew lesen memandu kereta dan motorsikal. Untuk makluman, kini pengguna boleh renew lesen memandu secara atas talian (online) atau hadir sendiri ke Pejabat Pos/ JPJ dan UTC. 


Harga Renew Lesen Memandu 2023 Di Pejabat Pos & JPJ


Kini pengguna boleh memperbaharui lesen memandu kompeten di JPJ Negeri/ Cawangan, Urban Transformation Centre (UTC), Kiosk eKhidmat dan Pejabat Pos Malaysia. Tempoh memperbaharui lesen memandu hanya dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja.


Harga Renew Lesen Memandu 2023 Di Pejabat Pos & JPJ


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang harga renew lesen kereta dan motorsikal termasuk memaparkan cara memperbaharui lesen di JPJ dan Pejabat Pos atau UTC :


Senarai Jenis Lesen Memandu Yang Boleh Renew Di Pejabat Pos


Bagi lesen LDL dan CDL boleh diperbaharui di mana-mana cawangan Pejabat Pos yang berdekatan. Manakala lesen PDL (Probational Driving License – lesen memandu Percubaan) dan GDL (Goods Driving License – lesen kenderaan barangan) perlu renew di Pejabat JPJ sahaja. 


Harga Renew Lesen Kereta Terkini 


  • 1 tahun – RM30
  • 2 tahun – RM60
  • 3 tahun – RM90
  • 4 tahun – RM120
  • 5 tahun – RM150

Harga Renew Lesen Motosikal Terkini


  • 1 tahun - RM20
  • 2 tahun - RM40




Cara Renew Lesen Memandu Di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 


1. Hadir ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan yang berdekatan. 

2. Sila bawa MyKad/Pasport asal dan lesen memandu asal/salinan. 


Cara Renew Lesen Memandu Di JPJ & Pejabat Pos


1. Hadir ke Pejabat Pos yang berdekatan dengan anda. 

2. Sila bawa bersama kad pengenalan, lesen memandu asal dan slip lesen (pembaharuan kali pertama sahaja). 


Cara Renew Lesen Memandu Di UTC


1. Hadir ke UTC yang berdekatan dengan anda. 

2. Pergi ke pejabat JPJ yang terdapat dalam UTC. 

3. Sila bawa bersama kad pengenalan dan lesen memandu anda. 

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web Pos Malaysia https://www.pos.com.my/ atau JPJ www.jpj.gov.my. 

9 ulasan:

  1. Nak tnye sy sudah renew lesen online
    untuk 3thn rm205
    Tp. Kenapa mahal ye.. Sedangkan sethn utk kereta rm30.00

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana nak renew online?

      Padam
    2. ye sy renew lesen 2 thun Rm80 sedangkan harga 1thun Rm30 nie sy x buat online tau

      Padam
  2. Klu xdk slip lesen yg pertama cmna?

    BalasPadam
  3. Kalau renew melalui lesen2u.com mmg dia caj mahal, setahun rm100.. Konon caj penghantaran percuma, sedangkan yang dikenakan lebih 2 kali ganda.. Hurmmm

    BalasPadam
  4. How to renew licence motor online,,to many button to chose,,I'm confused

    BalasPadam
  5. sy renew lesen 2 thun Rm80 btol ke ..lepastu harga booking 30 ringgit

    BalasPadam
  6. Terima kasih...site ini amat membantu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.