Header Ads

Semakan Bil Air Kedah 2023 Online SADA (Daftar & Login)

Semakan Bil Air Kedah 2023 Online SADA (Daftar & Login). Nak bayar bil air Kedah? Panduan buat rakyat Negeri Kedah yang ingin menyemak atau bayaran bil air Kedah secara online tahun 2023. Untuk makluman, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd atau dikenali sebagai SADA menyediakan satu portal online bagi memudahkan bayaran bil secara atas talian menerusi laman web https://sada.com.my.


Semakan Bil Air Kedah 2022 Online SADA (Daftar & Login)


Syarikat Air Darul Aman adalah merupakan sebuah syarikat pembekalan air bersepadu yang terlibat dalam proses rawatan air dan pengagihan air yang telah dirawat di negeri Kedah.


Semakan Bil Air Kedah 2023 Online SADA (Daftar & Login)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bil air Kedah termasuk memaparkan cara daftar, login dan semakan :

Cara Daftar Bil Air Kedah Online


1. Untuk pendaftaran akaun buat pertama kali sila layari ke portal SADA https://fpx.sada.com.my/register.

2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan sahih. Pastikan No Telefon dan alamat email adalah sah. Kerana anda akan dapat email untuk sahkan pendaftaran ini.

3. Setelah klik butang “Verify Email Address” barulah pendaftaran anda berjaya.


Cara Semak Bil Air Kedah Online


1. Untuk semakan bayaran, sila login akaun SADA menerusi pautan https://fpx.sada.com.my/login

2. Selepas log masuk berjaya anda perlu masukkan 13 digit No akaun bil air rumah anda.

3. Setelah anda klik butang bayar “pop-up” akan dipaparkan kemudian sila klik ok.

4. Sila login ke dalam bank pilihan anda dan buat segala pembayaran sehingga akhir. Kemudian pengguna akan dihantar ke halaman resit di dalam sistem pembayaran ini.

5. Boleh klik pada butang resit untuk melihat semula resit pembayaran sebelum ini.

6. Selesai.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :


Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd.

892, Jalan Sultan Badlishah

Bandar Alor Setar, 

05000 Alor Setar

Email : aduan@sada.com.my

No. Tel : 04-7400500

No  Hotline : 1300 88 0017


BACA JUGA : Cara Daftar SYABAS Online 

4 ulasan:

  1. Salam..blh tak sy dptkan no akaun bil air utk alamat : no 192 tmn sri indah fasa 2 ,05150 a/s kedah

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. nak cek no akaun alamat no5 kg permai blakang tmn nilam sari 08000 sg petani kedah

      Padam
  3. boleh tak cek no akaun mlalui alamat ni no 5 kg permai belakang tmn nilam sari 08000 sg petani kedah

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.