Header Ads

Permohonan Perajurit Muda Udara TUDM 2023 Online (Siri 65/22)

Permohonan Perajurit Muda Udara TUDM 2023 Online (Siri 65/22). Bilakah tarikh pengambilan Perajurit Muda TUDM tahun 2023? Panduan buat calo yang berkelayakan dan berminat menjadi Perajurit Muda TUDM, dimana Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempelawa calon-calon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk menghadiri siri temuduga terkini pengambilan Perajurit Muda TUDM siri 65/22 lelaki. Permohonan ini boleh dibuat menerusi laman web TUDM bermula pada 18 Jun hingga 31 Ogos 2021.

Permohonan Perajurit Muda Udara TUDM 2023 Online (Siri 65/22)

Permohonan ini sangat sesuai bagi calon lepasan SPM, SKM dan Diploma yang sihat tubuh badan boleh mengemukakan permohonan TUDM dan calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM tahun 2021. 

Permohonan Perajurit Muda Udara TUDM 2023 Online (Siri 65/22)


Berikut dikongsikan adalah pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan aplikasi online :

Syarat Kelayakan Perajurit Muda TUDM 2023


Antara syarat-syarat kelayakan Perajurit Muda TUDM adalah seperti berikut :

A. SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

2. SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

5. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

B. SYARAT ASAS

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.

3. Penglihatan - boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
Tidak rabun warna.

4. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran.

5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.

6. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

C. SYARAT FIZIKAL

1. Tinggi:
-Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
-Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

2. Berat:
-Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
-Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg

3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
- Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

Cara Permohonan Perajurit Muda TUDM Online 


1. Pemohon yang berminat boleh mengisi borang permohonan TUDM menerusi laman web https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/.

2. Setelah daftar akaun, log masuk semula untuk mengisi maklumat.

3. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Nota :
a. Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
b. Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM di talian 013-6893814.

Semoga anda berjaya dalam sesi pengambilan tentera udara ambilan 2021.

1 ulasan:

  1. If you make a useless sheet, could be} recycled back into molten metallic in a precision machining Crucible, or in a Forge that has ceramic molds within the facet slots. With over 35 years of high quality service within the Portland metro area no project is just too|is simply too} advanced. Whether you're home owner} or a contractor, in a position to} handle your whole roofing & siding wants.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.