Header Ads

Tips Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) 2022

Tips Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) 2022. Panduan buat calon PTD yang berjaya ke Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan tahun 2022. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya LULUS dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Bagi calon yang gagal tak perlu kecewa dan berputus asa kerana anda boleh cuba mohon jawatan ni lagi nanti. Bagi yang berjaya anda bakal melalui Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) terlebih dahulu sebelum anda layak ke sesi temuduga yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Tips Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)

Untuk pengetahuan anda, Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan atau UKJK adalah salah satu bahagian dalam Program Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Bahagian ini dikatakan agak sukar kerana ia memerlukan ujian fizikal dan kecergasan anda. Nasihat sebelum anda menghadiri UKJK, pastikan tahap kecergasan dan kesihatan anda dalam keadaan baik.

Antara ujian yang dilakukan dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) adalah seperti :

● Ujian Body Mass Index (BMI)
● Ujian Bangkit Tubi 1 Minit
● Ujian Genggaman Tangan
● Ujian Duduk dan Jangkau
● Ujian Larian Ulang-Alik 20 Meter

Tips Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) 2022


Ujian BMI 

Pada ujian ini anda akan diukur ketinggian dan berat badan untuk mendapatkan Body Mass Index yang dapat memenuhi syarat yang ditetapkan. Syarat lulus BMI adalah 19 - 29. Bagi yang rasa berat badan melebihi tahap BMI yang digariskan oleh SPA, pastikan sebelum hadiri UKJK kurangkan berat badan dahulu.

Ujian Bangkit Tubi 1 Minit

Untuk Ujian Bangkit Tubi 1 Minit lebih fokus pada otot perut / abdomen anda. Ujian ini agak sukar sedikit kerana anda perlu mengangkat separa badan. Anda diuji dalam masa 1 minit.

Ujian Genggaman Tangan 

Ujian Genggaman Tangan ini dijalankan untuk mengukur kekuatan otot tangan anda dengan menggunakan handgrip dynamometer. Bahagian ini agak mudah anda perlu tarik nafas dan genggam alat handgrip ni sekuat hati.

Ujian Duduk dan Jangkau 

Ujian Duduk dan Jangkau ini dijalankan untuk mengukur tahap kelenturan otot belakang dan otot hamstring anda. Untuk mudah anda fahami, anda duduk dengan melunjurkan kedua-dua kaki anda ke depan dan cuba capai hujung kaki dengan jari tangan anda.

Untuk ujian ini anda diberikan 2 kali percubaan, dimana bacaan paling tinggi akan diambil dan direkodkan dalam borang UKJK.

Ujian Larian Ulang-Alik 20 Meter (Bleep Test)

Untuk Ujian Larian Ulang-Alik 20 Meter ini lebih ke arah menguji tahap stamina anda dengan lari pergi dan patah balik pada jangkauan 20 meter. Untuk larian ini ada beberapa level dan shuttle. Semakin tinggi level, kelajuan berlari semakin meningkat. Untuk mengelakkan anda pancit lebih awal, jangan nafas menggunakan mulut.

Ini antara ujian yang perlu anda lakukan dalam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan. Pastikan kesemua ujian ini anda lepas dan peluang cerah untuk anda menduduki temuduga.

Selamat maju jaya kepada calon-calon PTD.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.