Header Ads

Jadual Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2020

Jadual Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2020. Bilakah tarikh Pemilihan Awal TUDM tahun 2020? Panduan buat anda yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai Perajurit Muda. Menurut makluman daripada iklan permohonan TUDM siri 63/20 ambilan sesi Julai 2020, berikut dikongsikan adalah  Pemilihan Awal Perajurit Muda 2019/2020 siri 63/20 beserta lokasi temuduga.

Jadual Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2018

Jadual Tarikh Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2020 


Berikut adalah maklumat tentang pusat pemilihan awal Perajurit Muda Tentera Udara termasuk memaparkan tarikh & masa, zon dan lokasi pemilihan :

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TUDM 


Terbuka kepada para belia negara yang berminat untuk menjadi salah seorang Tentera Udara Diraja Malaysia melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan untuk kemasukan sesi Julai 2020.

1. Permohonan boleh dibuat dimana anda perlu mendaftar di pautan https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/home/signup

2. Log masuk ke bahagian pemohon.

3. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan.

4. Pemohon yang berkelayakan akan dipanggil ke Pusat Pemilihan Awal yang dipilih untuk menjalani sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM Lelaki Siri 63/20.


Tatacara dan Dokumen Penting Diperlukan 


Pemohon yang berminat dan layak memenuhi syarat dikehendaki mengikuti tatacara dan membawa dokumen yang diperlukan seperti berikut ;

1. Pemohon hendaklah hadir ke pusat-pusat pemilihan yang terpilih seperti berikut:
 a. Masa pendaftaran : 8.00 pagi hingga 8.30 pagi.
 b. Pakaian : Lengkap berpakaian sukan dan berkasut.

2. Anda perlu membawa borang permohonan beserta dokumen-dokumen ASAL dan sesalinan perlu dibawa semasa sesi pemilihan tanpa GAGAL adalah seperti berikut:
 a. Mykad.
 b. Sijil Lahir Terkini (berwarna hijau).
 c. Sijil Diploma/Transkrip semester akhir.
 d. Sijil SKM Tahap 2 dan 3.
 e. Sijil SPM.
 f. Alat tulis secukupnya.

Lokasi Pemilihan Awal Mengikut Zon

*Akan dikemaskini

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN
SUMBER MANUSIA
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN
TINGKAT 7 MENARA
TH SELBORN 153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR

No. Tel : 03-2681 2412/ 2414
Web : http://airforce.mil.my/kerjaya/pengambilan-terkini

Semoga anda berjaya bergelar Perajurit Muda Tentera Udara Malaysia.

BACA JUGA : Permohonan Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2020

1 ulasan:

  1. Hii .. nak tanya . Bila lagi tarikh untuk permohonan TUDM ??

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.