Header Ads

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2023 (PISMP)

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2023 (PISMP). Anda berminat menjadi seorang guru di sektor kerajaan? Berita baik buat anda khususnya pelajar lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2022. Untuk makluman, kini Kementerian Pendidikan Malaysia telah mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan untuk memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kemasukan ke Institut Pendidikan Guru ambilan 2021. Permohonan IPG ini telah dibuka bermula pada 15 Mac sehingga 15 April 2021.

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2022 (PISMP)

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2023 (PISMP)


Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang pengajian dan aplikasi permohonan online :

Tarikh Permohonan : 15 Mac sehingga 15 April 2021

Syarat Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan 2023


Antara syarat-syarat kelayakan asas permohonan IPG PISMP adalah seperti di bawah :

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021.
3. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
4. Tiada syarat minimum yang dikenakan, berdasarkan kepada keputusan periksaan percubaan SPM dan bagi yang tidak menduduki peperiksaan percubaan pemohon boleh menggunakan keputusan akhir tahun tingkatan empat.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan 

Berikut adalah bidang-bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

A. Sekolah Kebangsaan (SK)

● Bahasa Melayu
● Bahasa Inggeris
● Bahasa Cina
● Bahasa Tamil
● Bahasa Iban
● Bahasa Kadazandusun
● Pendidikan Islam
● Matematik
● Sains
● Pendidikan Khas
● Bahasa Arab
● Pendidikan Muzik
● Sejarah
● Pendidikan Jasmani
● Rekabentuk dan Teknologi
● Pendidikan Awal Kanak-kanak
● Bimbingan dan Kaunseling

Untuk bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), anda boleh dapatkan maklumat disini.

Cara Permohonan PISMP 2023 Online 


1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman sesawang https://pismp.moe.gov.my/.

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS e-Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.

Nota : Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi di talian 03-83126720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758 atau layari laman web https://pismp.moe.gov.my.

BACA JUGA : Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.