Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11| Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11!

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Permohonan dan pengambilan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 telah dibuka kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 bagi permohonan kerja lepasan SRP/ PMR/ PT3 menerusi portal SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11


Gaji Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 sekitar RM1,204.00 sehingga RM3,001.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM80.00.

Syarat Kelayakan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Perawatan Kesihatan U11 seperti di bawah :

Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

BACA JUGA : Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 2018

Semoga perkongsian ini tentang Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.