Header Ads

Panduan Mengundi PRU14 Pilihan Raya Umum Di Bilik Mengundi

Panduan Mengundi PRU14 Pilihan Raya Umum Di Bilik Mengundi | Adakah anda pengundi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14? Bilakah tarikh mengundi PRU 14 tahun 2018? Panduan buat anda khususnya pengundi atau daftar pemilih yang sah untuk membuat pilihan raya ke-14. Untuk makluman, menerusi kenyataan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya, tarikh mengundi PRU14 diadakan pada hari Rabu, 9 Mei 2018. Berikut dikongsikan panduan mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum di bilik mengundi.

Panduan Mengundi PRU14 Pilihan Raya Umum Di Bilik Mengundi

Panduan Mengundi PRU14 Pilihan Raya Umum Di Bilik Mengundi 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara atau panduan mengundi pilihan raya umum PRU ke-14 sebagai rujukan anda:

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.

2. Serahkan MyKad atau dokumen pengenalan dan slip semakan kepada
kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan  tangan untuk diperiksa dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pada dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda akan dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Kemudian, dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.

5. Maju ke petak undi dan tandakan 'X' pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan  Negeri dan Parlimen.

7. Keluar segera dari tempat mengundi.

Panduan Mengundi PRU14 Pilihan Raya Umum Di Bilik Mengundi

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pilihan raya umum ke-14, sila hubungi di talian Hotline 03 - 8885 6565.

BACA JUGA :
● Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya SPR (PRU14) Online
● Semakan Senarai Calon PRU 14 2018 BN PAS PKR DAP AMANAH WARISAN
● Keputusan PRU14 Pilihanraya Umum Kerusi Parlimen & DUN

Selamat membuat pangkah undi Pilihan Raya Umum ke-14. Semoga perkongsian Panduan Mengundi PRU Pilihan Raya Umum ini dapat dijadikan panduan buat anda semua.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.