Header Ads

Panduan Mengundi PRU15 Pilihan Raya Umum Di Bilik Mengundi

Panduan Mengundi PRU15 Pilihan Raya Umum Di Bilik Mengundi. Bilakah tarikh mengundi PRU15? Panduan buat rakyat Malaysia khususnya pengundi atau daftar pemilih yang sah untuk membuat pilihan raya ke-15. Untuk makluman, menerusi kenyataan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya, tarikh mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 akan diadakan pada 19 November 2022. Manakala, hari mengundi awal akan diadakan pada 15 November 2022. Berikut dikongsikan panduan mengundi PRU 15 Pilihan Raya Umum di bilik mengundi.

Panduan Mengundi PRU15 Pilihan Raya Umum Di Bilik Mengundi

Panduan Mengundi PRU15 Pilihan Raya Umum Di Bilik Mengundi 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara atau panduan mengundi pilihan raya umum sebagai rujukan rakyat Malaysia :

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.

2. Serahkan MyKad atau dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan  tangan untuk diperiksa dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pada dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda akan dipanggil.

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Kemudian, dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.

5. Maju ke petak undi dan tandakan 'X' pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan  Negeri dan Parlimen.

7. Keluar segera dari tempat mengundi.

Panduan Mengundi PRU14 Pilihan Raya Umum Di Bilik Mengundi


Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7200 atau melalui sistem aduan di https://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.

Selamat membuat pangkah undi Pilihan Raya Umum ke-15!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.