Header Ads

Contoh Surat Perletakan Jawatan (24 Jam, 2 Minggu, Sebulan)

Contoh Surat Perletakan Jawatan (24 Jam, 2 Minggu, Sebulan). Anda ada hasrat untuk melepaskan jawatan di tempat kerja anda? Sudah semestinya satu perkara yang anda perlu buat sebelum berhenti kerja adalah menulis surat perletakan jawatan secara rasmi. Tujuannya adalah untuk menyatakan sebab kenapa anda ingin meninggalkan pekerjaan tersebut. Selain itu, surat perletakan jawatan juga membantu anda mengekalkan hubungan yang positif antara pekerja dengan bekas majikan dan menunjukkan sikap professional. Notis berhenti kerja yang diberikan adalah bergantung kepada syarat pekerjaan sama ada 24 jam, seminggu atau sebulan.

Contoh Surat Perletakan Jawatan (24 Jam, 2 Minggu, Sebulan)

Contoh Surat Perletakan Jawatan (24 Jam, 2 Minggu, Sebulan) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh surat berhenti kerja yang terbaik dalam bahasa Malaysia :

Surat Berhenti Kerja Notis 24 Jam


Kampung Hilir,
Sentul Pasar,
51000 Kuala Lumpur

Bahagian Sumber Manusia
PUNCAK HOLDING SDN. BHD
No. 7 Jalan 1/46A,
Selingsing 7,
Taman Niaga Waris,
51200 Kuala Lumpur                   24 Julai 2017

Tuan/Puan

PERLETAKAN JAWATAN TEMPOH 24 JAM

Merujuk kepada perkara di atas, saya ____________________________________, ingin memaklumkan kepada pihak Tuan/ Puan bahawa saya akan menamatkan perkhidmatan saya di Puncak Holding Sdn. Bhd. sebagai Kerani Kaunter bermula pada 24 Julai 2017 bersamaan hari Selasa. Saya berharap agar pihak Tuan/Puan dapat menerima peletakan jawatan saya ini.

2. Saya berterima kasih kepada pihak Tuan/Puan kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat di syarikat ini dan di atas keprihatinan yang diberikan. Saya juga berharap agar syarikat ini akan terus maju.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
......................... Tandatangan
Nama
Jawatan

Surat Berhenti Kerja Notis Sebulan


Kampung Hilir,
Sentul Pasar,
51000 Kuala Lumpur

Bahagian Sumber Manusia
PUNCAK HOLDING SDN. BHD
No. 7 Jalan 1/46A,
Selingsing 7,
Taman Niaga Waris,
51200 Kuala Lumpur                   24 Julai 2017

Tuan/Puan

PERLETAKAN JAWATAN NOTIS SEBULAN

Merujuk kepada perkara di atas, saya ____________________________________ bertugas sebagai Account Officer ingin memaklumkan kepada pihak Tuan/ Puan tentang perletakan jawatan saya di Puncak Holding Sdn. Bhd. sebagai Kerani Kaunter bermula pada 24 Julai 2017.

2. Untuk makluman, perletakan jawatan ini di sebab kan saya telah mendapat tawaran pekerjaan baru. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan/Puan kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat di syarikat ini dan di atas keprihatinan yang diberikan.

3. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan puan dapat memberi kerja sama dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
......................... Tandatangan
Nama
Jawatan


Surat Berhenti Kerja Notis 2 Minggu


Penama,
Alamat penghantar

Pengurus,
Pizza Hut Kota Samarahan,
Sublot 37 & 38, Desa Fasa 5,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak                                         27 Ogos 2012

Tuan,

PERLETAKAN JAWATAN NOTIS 2 MINGGU

Berdasarkan perkara di atas, saya Penama memangku jawatan pelayan restoran PizzaHut Kota Samarahan ingin meletakkan jawatan yang akan berkuat kuasa pada 2 September 2012.

2. Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan terhadap syarikat tuan. Tujuan saya mengemukakan permohonan berhenti ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaaan yang baru dan saya amat berterima kasih di atas kesudian pihak tuan memberi tunjuk ajar dan membimbing saya selama ini.

3. Dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala nasihat, tunjuk ajar serta keperihatinan pihak tuan selama saya berkhidmat di syarikat tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
......................... Tandatangan
Nama

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.