Header Ads

Kemaskini Permohonan Jawatan SPA9 2020 Online

Kemaskini Permohonan Jawatan SPA9 2020 Online. Anda sudah mendaftar akaun baru SPA9? Jika belum sila buat pendaftaran permohonan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam secara online di laman web rasmi SPA9. Untuk makluman, portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau ringkasnya SPA adalah sistem permohonan online bagi jawatan kerajaan. Bagi pemohon yang telah mempunyai akaun SPA9, anda boleh membuat pengemaskinian permohonan SPA supaya maklumat peribadi dan jawatan yang dipohon dalam portal SPA9 adalah terkini.



Kemaskini Permohonan Jawatan SPA9 2020 Online 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemaskini permohonan SPA9 termasuk memaparkan cara log masuk dan kemaskini :

Cara Log Masuk SPA9 Online


1. Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon.



2. Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini. 


3. Klik “Log Masuk”.


Cara Kemaskini SPA9 Online 


Berikut adalah cara membuat kemaskini akaun SPA8i dengan mudah ;

1. Pemohon perlu layari ke laman portal https://spa9.spa.gov.my/

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan kata aluan yang didaftarkan.

3. Sila lengkapkan maklumat yang terkini dan pengemaskinian jawatan yang dipohon sekiranya ada perubahan. 

4. Setelah selesai kemaskini sila klik butang simpan.

Nota : Pengemaskinian borang permohonan perlu dilakukan sama ada terdapat tawaran terkini daripada pihak SPA atau pemohon ingin menukar jawatan yang dipohon.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan SPA9, sila hubungi Hotline SPA di talian 03 - 80919000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA https://www.aduan.spa.gov.my.


BACA JUGA : Semakan Status Permohonan SPA9 Online

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.