Header Ads

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2021 (PSEE)

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2021 (PSEE). Adakah anda calon peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 sesi Julai 2021? Jika ya! Sudah pasti anda sedang mencari-cari satu bahan Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41? Betul tak? Jadi disini adalah platform terbaik untuk anda mendapatkan gambaran contoh-contoh soalan Exam Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 2017

Terlebih dahulu tim SPA8i ucapkan tahniah kepada calon yang bakal menduduki exam online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang akan berlangsung pada 8 Julai 2021 ini. Bagi anda yang masih belum semak status permohonan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik ini, boleh semak disini.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 2021 (PSEE) 


Berikut adalah informasi lanjut tentang jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 mengenai contoh soalan, format soalan dan nota rujukan peperiksaan online PTD ;

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
=====================================
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41
Tarikh Peperiksaan : 3 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8:00 MLM - 9:40 MLM

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


● SEKSYEN A : PENGETAHUAN AM (40 MINIT 8.00 pm - 8.40 pm)

● SEKSYEN B : DAYA MENYELESAIKAN MASALAH (50 MINIT 8.55 pm - 9.40 pm)

Contoh Soalan Exam Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


Berikut adalah contoh soalan pengetahuan am Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 dan contoh soalan daya menyelesaikan masalah Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 seperti di bawah ;

Seksyen A : Pengetahuam Am Pegawai Tadbir Diplomatik 

Dalam seksyen ini soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan perkara berkaitan dengan politik, sosial, hal ehwal semasa, sains teknologi, ekonomi, perdagangan, sukan dan lain-lain lagi.

Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan aneka pilihan

1. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah
A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C
B. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

2. Namakan mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan
Luar Bandar Pertama pada tahun 1957.
A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr. Mahathir

3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalinkan kerjasama dengan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan di peringkat antarabangsa melalui
agensi di bawahnya TIDAK TERMASUK
A. United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)
B. United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR)
C. Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
D. Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR)

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan
Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?
A. Ketua Menteri Sabah
B. Ketua Menteri Sarawak
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar

5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyelia agensi dan
jabatan kerajaan di bawah KECUALI
A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C. Lembaga Tabung Haji
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

6. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum untuk menjadi ahli iaitu bermula pada umur
A. 18 tahun
B. 21 tahun
C. 23 tahun
D. 27 tahun

Artikel berkaitan 👉 20 Contoh Soalan Pengetahuan AM Exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir Diplomatik 

Dalam Seksyen B berkisarkan soalan mengukur daya menyelesaikan masalah calon dan soalan matematik. Soalan matematik yang ditanya merangkumi standard SPM sahaja.

Masa : 45 Minit
Soalan : 40 soalan aneka pilihan

I. Kemahiran Menggunakan Logik



II. Kemahiran Menginterpretasi Data

1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari hingga Mac.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN

Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bialngan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang  C. 60 orang
B. 40 orang  D. 80 orang

Jawapan : B

Teknik menjawab soalan

Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 - 160 = 240

Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April :
240 - 200 = 40

III. Konsep Matematik


Baca lanjut :

● Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA
● Gaji, Kelayakan dan Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan oleh pihak kami hanyalah sekadar contoh dan gambaran sahaja, tidak mempuyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan.

Jadi bagaimana dengan anda sekarang? Sudahkah bersedia untuk menghadapi peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD sesi Julai 2021? 


Join Channel Telegram PTD 2021/22

Untuk dapatkan nota, contoh-contoh soalan dan rujukan peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 join channel telegram ini :


Nak Dapatkan Rujukan Peperiksaan PTD? 


Berita baik buat calon PTD dimana Tim Infokerjaya terbitkan satu rujukan khas untuk peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Rujukan ini boleh dibuat tempahan bermula daripada 23 Ogos hingga 26 Ogos 2020. 



Pihak SPA8i.net tidak berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Apa yang tim SPA8i.net sediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan disediakan bukan BUKU KAJIAN jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi dengan nota-nota persediaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.