Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Jurutera Gred JA29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Jurutera Gred JA29 | Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Jurutera Gred JA29.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Jurutera Gred JA29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Jurutera Gred JA29
akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Jurutera Gred JA29


Berikut adalah informasi tentang Penolong Jurutera Gred JA29 mengenai tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Jurutera Gred JA29


Gaji Penolong Jurutera Gred JA29 sekitar RM1,549.00 sehingga RM5,701.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Jurutera Gred JA29 pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Jurutera Gred JA29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
● Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Penolong Jurutera Gred JA29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Jurutera Gred JA29 seperti di bawah :

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

INFO BERKAITAN :

● Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Arkib Negara Malaysia 2018

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Jurutera Gred JA29 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.