Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pustakawan Gred S41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pustakawan Gred S41. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon jawatan kosong Pustakawan yang boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Sebelum itu, ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pustakawan Gred S41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pustakawan Gred S41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pustakawan akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Perpustakaan Negara. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pustakawan Gred S41 bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pustakawan Gred S41


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tentang Pustakawan Gred S41 mengenai senarai gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Pustakawan Gred S41


Gaji Pustakawan Gred S41 sekitar RM2,078.00 sehingga RM9,544.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pustakawan Gred S41 pula berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Pustakawan Gred S41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● ijazah sarjana muda kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)
● Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
● Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,588.49)

Jawatan Pustakawan Gred S41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pustakawan Gred S41


Berikut adalah tugas-tugas Pustakawan Gred S41 seperti di bawah :

Bertanggungjawab melaksana secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kewangan, penyeliaan dan pengurusan sumber manusia, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.