Header Ads

Semakan Penyata KWSP 2023 Online (Daftar i-Akaun)

Semakan Penyata KWSP 2023 Online (Daftar i-Akaun). Nak semak penyata KWSP secara online? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan penyata caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Untuk makluman, kini KWSP menyediakan satu portal online iaitu i-Akaun untuk memudahkan Ahli menyemak penyata dan baki simpanan KWSP dengan mudah secara dalam talian. Dengan adanya sistem i-Akaun, anda tidak perlu lagi hadir atau beratur panjang di kaunter atau Kiosk KWSP.

Semakan Penyata KWSP 2022 Online (Daftar i-Akaun)

Semakan Penyata KWSP 2023 Online (Daftar i-Akaun) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semak penyata KWSP termasuk memaparkan manfaat dan aplikasi online i-Akaun :

Apa itu i-Akaun? 


i-Akaun adalah merupakan satu sistem online yang dibangunkan oleh KWSP untuk membantu ahli menguruskan akaun dengan mudah. Dalam portal itu anda boleh melakukan beberapa urusan antaranya iaitu kemaskini profil peribadi, semak kelayakan pengeluaran, penyata KWSP dan rekod caruman. 

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP & Emel

Manfaat/ Kemudahan i-Akaun KWSP


Antara kemudahan yang disediakan dalam portal i-Akaun iaitu :

i. Menyemak penyata tahun semasa atau terkini
ii. Memohon e-Pengeluaran
iii. Menyemak status permohonan pengeluaran
iv. Menyemak transaksi caruman
v. Menyemak maklumat penamaan

Cara Semak Penyata KWSP Online di i-Akaun 


1. Sebelum mengakses dalam portal i-Akaun KWSP, anda perlu sahkan identiti dan kata laluan dan username sementara di mana-mana kaunter atau Kiosk KWSP.

2. Selepas anda mempunyai ID dan kata laluan sementara, anda boleh daftar i-Akaun secara online di laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

3. Pilih Log Masuk di tab menu dan klik i-Akaun (Ahli). 

4. Setelah maklumat diisi dengan lengkap, anda boleh log masuk semula i-Akaun. 

5. Anda boleh klik pada butang 'Penyata Tahun Semasa/ Tahun Sebelumnya' untuk semakan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 - 8922 6000 atau mana-mana Pejabat KWSP.

5 ulasan:

  1. Macam mana saya perlu tahu untuk menyemak kwsp saya atas nama saya NORUDA BINTI SALAM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mana saya perlu tahu untuk menyemak kwsp saya

      Padam
  2. Macam mana saya perlu tahu untuk menyemak kwsp saya Segar@munusamy a/ l Suppiah

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.