Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Farmasi Gred UF41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Farmasi Gred UF41. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Pegawai Farmasi? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pegawai Farmasi boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Farmasi Gred UF41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Farmasi Gred UF41

Permohonan dan pengambilan jawatan Pegawai Farmasi telah dibuka kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Farmasi bagi permohonan kerja lepasan Ijazah menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Farmasi Gred UF41


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Pegawai Farmasi Gred UF41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Farmasi Gred UF41


Gaji Pegawai Farmasi Gred UF41 sekitar RM2,740.00 sehingga RM9,656.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Pegawai Farmasi Gred UF41


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Ijazah sarjana muda dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.(Gaji permulaan ialah pada Gred UF41: RM2,740.00).

Jawatan Pegawai Farmasi Gred UF41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Farmasi Gred UF41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Farmasi Gred UF41 seperti di bawah :

a. Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal; atau

b. Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; atau

c. Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan - menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.

Selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.