Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pengurus Asrama Gred N29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pengurus Asrama Gred N29. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Penolong Pengurus Asrama? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Penolong Pengurus Asrama boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pengurus Asrama Gred N29.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pengurus Asrama Gred N29

Permohonan dan pengambilan jawatan Penolong Pengurus Asrama telah dibuka kekosongan jawatan di pelbagai Kementerian/ Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pengurus Asrama bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pengurus Asrama Gred N29


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Penolong Pengurus Asrama Gred N29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Pengurus Asrama Gred N29


Gaji Penolong Pengurus Asrama Gred N29 sekitar RM1,493.00 sehingga RM5,672.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Pengurus Asrama Gred N29


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
4. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
5. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)

Jawatan Penolong Pengurus Asrama Gred N29 dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Pengurus Asrama Gred N29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Pengurus Asrama Gred N29 seperti di bawah :

Bertanggungjawab mengurus pelajar dan kolej kediaman dengan kerjasama Pengetua dan Pengurus Asrama dalam melancarkan pentadbiran kolej yang berkaitan dengan pelajar, fasiliti dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.

Selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.