Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KA29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KA29. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Penolong Penguasa Penjara? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Penolong Penguasa Penjara boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Penguasa Penjara Gred KA29.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KA29

Permohonan dan pengambilan jawatan Penolong Penguasa Penjara telah dibuka kekosongan jawatan di Jabatan Penjara Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Penguasa Penjara bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KA29


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Penolong Penguasa Penjara Gred KA29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Penguasa Penjara Gred KA29


Gaji Penolong Penguasa Penjara Gred KA29 sekitar RM1,505.00 sehingga RM5,696.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Penguasa Penjara Gred KA29


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Sijil Tinggi Persekolahan Malayisa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM1,505.00);atau
4. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM 1,505.00;atau
5. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred KA29:RM1,782.91).

JawatanPenolong Penguasa Penjara Gred KA29 dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KA29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KA29 seperti di bawah :

Bertanggungjawab sebagai Ketua Unit, menyelaras pengurusan keselamatan sesebuah institusi, menyelaras prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, menyelaras program-program pemulihan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pengurusan tertinggi institusi dan memastikan penghuni-penghuni diberi layanan yang adil selaras dengan undang-undang dan peraturan yang diperuntukkan.

Selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.