Header Ads

Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan SPM dan Sijil

Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan SPM dan Sijil | Anda ingin memohon jawatan kosong kerajaan? Perhatian buat anda lepasan SPM yang berminat untuk memohon kerja di sektor perkhidmatan awam atau kerajaan SPA. Apakah jawatan kosong bagi kelayakan SPM? Berikut dikongsikan senarai jawatan yang ditawarkan dan boleh dipohon kerja di portal SPA bagi yang mempunyai kelulusan SPM.

Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan SPM dan Sijil

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi melalui Permohonan UPUOnline, anda dinasihatkan untuk mengenalpasti program pengajian yang bersesuaian dengan membuat perbandingan jawatan kerajaan sebagai rujukan anda.

Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan SPM dan Sijil 


Berikut adalah senarai jawatan kosong kerajaan yang boleh dipohon secara online bagi kelayakan SPM dan Sijil :

Cara Memohon Jawatan Kosong Kerajaan SPA8i 


Untuk makluman, permohonan jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam boleh dibuat secara online di portal rasmi SPA8i. Senarai jawatan kosong yang boleh dipohon adalah mengikut kelayakan masing-masing :

1. PMR
2. SPM/ SPMV & Sijil
3. STPM
4. Diploma
5. Ijazah/ Sarjana/ PHD
6. Kelayakan Bakat
7. Latihan Separa Perubatan
8. Suruhanjaya Pasukan Polis

Artikel Berkaitan : Permohonan Pendaftaran Jawatan Kosong SPA Terkini 

Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan SPM dan Sijil 


Berikut adalah jawatan kosong SPA8i yang boleh dipohon bagi yang mempunyai kelayakan SPM dan Sijil :

1. Juruaudio Visual Gred N19
2. Jurubahasa Gred LA19
3. Jurulatih Kawad Gred S19
4. Jururawat Masyarakat Gred U19
5. Juruteknik Komputer Gred FT19
6. Laskar Kelas II Maritim Gred T1
7. Juruteknik Perubatan Gred U19
8. Merinyu Tali Air Gred Gred J19
9. Pegawai Bomba Gred KB19
10. Pegawai Imigresen Gred KP19
11. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
12. Pegawai Penjara Gred KA19
13. Operator Wayarles Gred N19
14. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19
15. Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19
16. Pembantu Akauntan Gred W19
17. Pembantu Antidadah Gred S19
18. Pembantu Arkib Gred S19
19. Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
20. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19
21. Pembantu Geosains Gred C19
22. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
23. Pembantu Juruaudit Gred W19
24. Pembantu Hidupan Liar Gred G19
25. Pembantu Kemahiran Gred H19
26. Pembantu Kesatria Gred S19
27. Pembantu Keselamatan Gred KP19
28. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
29. Pembantu Laut Gred A19
30. Pembantu Makmal Gred C19
31. Pembantu Meteorologi Gred C19
32. Pembantu Makmal Filem Gred C19
33. Pembantu Muzium Gred S19
34. Pembantu Pegawai Latihan Gred E19
35. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
36. Pembantu Pendaftaran Gred KP19
37. Pembantu Penerangan Gred S19
38. Pembantu Penerbitan Gred N19
39. Pembantu Penguasa Kastam Gred W19
40. Pembantu Penilaian Gred W19
41. Pembantu Penyelidikan Gred Q19

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan SPA Berkelayakan SPM 


Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia  perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

○ Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan.
○ Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
○ Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
○ Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM.

Semoga senarai jawatan kerajaan lulusan SPM dan Sijil ini dapat dijadikan panduan buat pemohon. Moga anda berjaya mendapat jawatan di sektor perkhidmatan awam.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.