Header Ads

Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan PT3 dan PMR 2023

Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan PT3 dan PMR 2023. Anda ingin memohon jawatan kosong kerajaan? Perhatian buat lepasan PT3 dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang berminat untuk memohon kerja di sektor perkhidmatan awam tahun 2023. Apakah jawatan kosong bagi kelayakan PT3/ PMR? Berikut dikongsikan senarai jawatan yang ditawarkan di portal SPA bagi kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).


Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan PT3 dan PMR


Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi melalui Permohonan UPUOnline, anda dinasihatkan untuk mengenalpasti program pengajian yang bersesuaian dengan membuat perbandingan jawatan kerajaan sebagai rujukan anda.

Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan PT3 dan PMR 2023


Berikut adalah senarai jawatan kosong kerajaan yang boleh dipohon secara online bagi kelayakan PT3 dan PMR :

Cara Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan SPA8i 


Untuk makluman, permohonan jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam boleh dibuat secara online di portal rasmi SPA8i. Senarai jawatan kosong yang boleh dipohon adalah mengikut kelayakan masing-masing :

1. PMR
2. SPM/ SPMV & Sijil
3. STPM
4. Diploma
5. Ijazah/ Sarjana/ PHD
6. Kelayakan Bakat
7. Latihan Separa Perubatan
8. Suruhanjaya Pasukan Polis

Senarai Jawatan Kerajaan Lulusan PT3 dan PMR 


Berikut adalah jawatan kosong SPA8i yang boleh dipohon bagi yang mempunyai kelayakan PMR dan PT3 :

1. Bentara Parlimen Gred N11
2. Operator Loji Gred H11
3. Pemandu Kenderaan Gred H11
4. Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah Gred H11
5. Pembantu Awam Gred H11
6. Pembantu Hidupan Liar
7. Pembantu Operasi Gred N11
8. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
9. Pengawal Keselamatan Gred KP11
10. Penghantar Notis Gred N11

ARTIKEL BERKAITAN : Permohonan Pendaftaran Jawatan Kosong SPA Terkini 

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan SPA Berkelayakan PT3/ PMR 


Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

○ Mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
○ Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan.
○ Lulus Pentaksiran Tingkatan 3 atau Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

BACA JUGA : Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Lulusan SPM

Semoga anda berjaya mendapat jawatan di sektor perkhidmatan awam.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.